Tabung Haji dan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi akan memikirkan kaedah lain bagi menempatkan pelajar Malaysia dari Mesir sekira jumlahnya melebihi keupayaan pusat transit Madinatul Hujaj.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehingga kini lebih 3,600 pelajar telah ditempatkan di pusat transit itu.
Madinatul Hujaj boleh menampung sehingga 4,000 orang pada satu-satu masa. Bagaimanapun katanya ini bukan menjadi masalah kerana pihak Tabung Haji berpengalaman menguruskan sehingga hampir 30,000 jemaah haji setiap kali musim haji.
Bilangan tilam dan bantal telah ditambah bagi kemudahan pelajar Malaysia. Tambahnya penghantaran pulang sebahagian pelajar hari ini akan mengurangkan kepadatan. Dan menerima pelajar lain yang baru sampai dari Kaherah.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Pusat_Transit_Madinatul_Hujaj_Penuh_Alternatif_Dicari.html
INILAH Pusat Transit Madinatul Hujaj di Jeddah yang dijadikan tempat penginapan sementara rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment