Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana membenarkan warga Malaysia dipindahkan ke Jeddah dalam misi bantuan membawa pulang mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak: "Ucap penghargaan kepada Raja Abdullah dan putera Arab Saudi di atas persetujuan membenarkan kita guna ruang udara Arab Saudi dan guna kemudahan Tabung Haji di Jeddah sebagai tempat transit."
Semalam, 3 pesawat Charlie C-130 milik TUDM berlepas ke Jeddah utnuk operasi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.
Kesesakan laluan udara di Mesir menjadi kekangan utama dalam operasi ini.
Operasi membawa keluar dari Mesir akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Mereka akan ditempatkan di pusat penginapan Tabung Haji sebelum dihantar pulang ke tanah air.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/PM_Hubungi_Arab_Saudi.html
No comments:
Post a Comment