About Me

My photo
I'm a normal human, I want to growing my business and help all the children in Malaysia and in this world. I feel free when I can do something for the children now days. We can see many children has being abuse, rape etc. I want to give them new hope I'm just a normal human and always looking for realistic of life

Tuesday, July 12, 2011

To all Hindustan fans/Kepada semua peminat Hindustan


To sponsors who are interested please contact/Kepada semua "sponsor" yang berminat sila hubungi:  
For those interested buying the tickets in a group (50 person and above) please contact/Kepada yang berminat membeli tiket dalam kelompok sila hubungi:

Contact Person
Mr. MEHMOOD ALI
Contact No: +91 9867920098 (India)
                  +601 22 679402 (Malaysia) 


Mr. Aziz Khan
Contact No: + 91 9870400403 (India)
                  + 601 26 413280 (Malaysia) 


Mr. J. S. Dhillon
Contact No: + 601 27 308054 (Malaysia)

http://www.sevenseaentertainment.com/home.html

Saturday, July 9, 2011

Polis Nafi Mereka Ditahan Diberi Layanan Buruk 09/07/2011 21:19:00

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Polis_Nafi_Mereka_Ditahan_Diberi_Layanan_Buruk.html


Sementara itu, tohmahan pihak pembangkang di laman Twitter dan Facebook kononnya polis melayan buruk mereka yang ditahan, nyata meleset.

Menerusi laman Facebook Polis Di Raja Malaysia, PDRM, mereka yang ditahan diberi layanan istimewa di Pusat Latihan Polis, Pulapol, Jalan Semarak.

Secara teratur dan tenang, pihak polis dilihat mengambil keterangan mereka tanpa sebarang masalah.

Selain diberi tempat untuk menjalankan ibadah, mereka yang tidak sihat atau tercedera turut menerima rawatan.

Kemudahan selesa ini turut menyediakan makanan untuk mereka yang ditahan.

Wajar Ambil Iktibar 09/07/2011 21:18:00

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Wajar_Ambil_Iktibar.html


Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia wajar mengambil iktibar daripada perhimpunan haram itu.

Apa yang pasti tegasnya, pihak penganjur cuba memberi gambaran bahawa politik Malaysia tidak stabil dan cuba mengekploitasi tindakan polis terhadap penunjuk perasaan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI.
Jelas menunjukkan bahawa niat dan tujuan mereka untuk mendapat publisiti yang seluas-luasnya terhadap mereka. Cara seperti ini, keadaan huru-hara rosak ekonomi negara kita, apakah itu yang kita kehendaki, yang dilaung-laungkan.

Wednesday, July 6, 2011

Apa yang anda inginkan....?


Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Kasihanilah semua rakyat Malaya ketika itu, yang ada di Stadium Merdeka ini apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia. Mereka semua telah bersusah payah untuk memerdekakan Malaysia  malahan ada yang terpaksa bergadai nyawa dan kaum ibu pula ada yang di rogol dan diseksa begitu kejam sekali.

Waktu kita mencelikkan mata semua telah tersedia baik dan segala kemudahan telah ada. Inginkah kita rosakkan semua kemudahan yang ada dan jahanamkan kedamaian yang kita kecapi sekarang ini. Kita generasi baru hanya tahu memberontak dan tidak puas hati. Pernahkah kita fikirkan sejenak kesusahan dan kepayahan rakyat yang lalu untuk memerdekakan Negara kita? 

Belajarlah hidup bersyukur dan cintailah Negara kita yang tercinta. 
Renung-renungkan jangan sampai kita hilang segala kemewahan dan kedamaian di negara kita.




Inginkah anda melihat isteri dan anak anda berjalan seperti ini? Keamanan yang kita cari bukan seperti ini.



13 May 1969 rosak harta benda



Kematian yang tidak sepatutnya tetapi kebodohan manusia itu maka ia jadi begini.

13 May rosak harta benda

Pada kaum lelaki di Malaysia inginkah anda jadi begini?

Inginkah anak kita jadi begini?

Suka ke kita lihat kematian yang bergelempangan di sana sini di negara kita?

Jepun di Malaya

13 May 1969

13 May 1969 mayat bergelampangan

Inginkah kita di campak sebegini?

Inginkah kita melihat anak-anak kita seperti ini?

13 May kerosakan harta benda.




Monday, July 4, 2011

Siapa itu bomoh dan tukang telek…

Cerita pendek tentang hidupku….

Siapa itu bomoh dan tukang telek…?

gambar hiasan sahaja

Hari ini 2 July 2011 adalah hari paling bahagia bagi ku kerana abang long sudi datang rumah aku. Sejak dari tahun 1996 hubungan dengan abang long begitu tegang hanya atas fitnah ibu saudara dan bapa saudara sebelah ibuku.

Aku sehingga hari ini tidak pernah mengerti kenapa seorang guru mengajar mengaji al-quran pun boleh memfitnah dan mendengar kata-kata bomoh dan tukang telek…

Ceritanya begini….

Abang long telah sakit perut apa yang diceritakan pada aku semula kenapa abang long sudah tidak mahu lagi bertemu aku dan suamiku. Malahan beliau juga sudah tidak mengizinkan kami bertemu dengan kak long dan anak-anak kak long…hatiku begitu sedih kenapa aku dan suamiku difitnah sampai begitu sekali…

Aku, suamiku, dua anakku dan aku mengandungkan anak ketiga ketika itu dalam tujuh bulan. Kami menaiki bas mara menuju ke Johor Baharu. Kami sampai di Johor Baharu lebih kurang dalam pukul 8.00 malam. Malam tersebut anak buahku yang mengambil kami di station bas di Johor Baharu.

Dalam perjalanan ke Singapore untuk membuat satu pusingan untuk suamiku mendapatkan pas lanjutan…aku di tahan dan di arah pulang semula ke Johor… sebenarnya itulah tujuan untuk pusing semula ke Tambak Johor.  

Dalam perjalanan pulang dari Singapore anak buahku mula bersuara….”Busu kami sebenarnya serba salah nak beritahu busu… kata anak buahku”

Aku jawab dengan bersahaja… “cakap je lah”.

Anak buahku berkata lagi….”mak suruh kami hantar busu ke hotel kalau duit tak cukup besok mak datang bayarkan untuk busu…”

Aku memang hairan ketika itu dan berkata-kata didalam hatiku….mengapa? kenapa? Tak pernah lagi along suruh aku ke hotel setiap kali kami berada di Johor pasti tidur di rumah along…

kenapa ya? Lalu aku bertanya lagi pada anak buahku… “kenapa mesti ke hotel dan kenapa tak beritahu busu awal jadi busu tak perlu bawa adik-adik sekali ke Johor?”

“sekira busu nak tahu busu tanya mak besok bila mak jumpa busu… “kata anak buahku…
Sampai di hotel kami terus check in dan anak buahku terus pulang ke rumah mereka di Pelangi. 

Namun difikiranku masih tertanya-tanya kenapa? Mengapa? Memang pelik. Kak long aku memang manusia yang suka berjimat cermat selalunya memang tidak dibenarkan aku tidur di hotel…pening juga ketika itu aku memikirkannya…suamiku masih tenang dan relax sahaja….hanya ini sahaja jawabnya bila aku tanya why and what happened?

Ini jawapan suamiku… “not too worry maybe they have guess in their house, that’s why along asked us to sleep in the hotel. If something wrongs anywhere the children (anak buah aku) already told us”

Keesokkan harinya tengahari kak long datang bertemu aku, suami dan anak-anak …

Bersalaman dengan along dan diikuti abang long dibelakang kak long… ketika itu aku memang tidak fikir langsung apa-apa masalah kerana along memang berdua sekira bertemu kami…disini lah bermulanya perselisihan faham dan fitnah yang ditujukan pada kami suami isteri… Ketika itu aku memang tidak boleh terima apa yang along ceritakan pada aku kerana aku dan suamiku memang tidak pernah terfikir kearah itu….dan suamiku juga telah banyak menunjukkan aku jalan yang benar dan bermulanya aku mengkaji Al-Quran walaupun suamiku berbangsa Greek.

Kami dituduh ke bomoh dan membuat abang iparku sakit perut dan muntah-muntah… sedangkan selama abang iparku datang ke rumah kami beliau tidak pernah makan atau minum masakan aku. Kebiasaannya mereka akan bawa makanan malahan air mineral untuk minum. 

Jadi ketika itu aku bersuara…

“Along fikirlah sendiri secara logic, along datang rumah saya tak pernah makan atau minum masakkan saya. Along selalu bawa makanan yang sudah siap di masak dari luar. Harap along fikir sendiri itu fitnah kepada saya dan suami saya…” ketika itu aku memang sedih… 

Along berkeras dengan keputusannya…”along tak izinkan kamu bertemu atau bergaul dengan kak long dan anak-anak along”

Saya masa itu memang sedih dan marah didalam hati….

“terserah along, saya akan tetap bertemu kak long dan anak-anak along… saya memang tak sangka guru mengaji yang lepas mahgrib penuh rumah mereka dengan pelajar pun boleh memfitnah orang.”
Bermula dari hari itu aku cukup tidak suka bila mendengar bomoh dan tukang telek tetapi apa boleh aku katakan di Malaysia nak berniaga pun kena pergi bomoh dan bertelek, nak khawin pun kena pergi bomoh dan bertelek…. Dan macam-macam punya bomoh dan telek….

Allah itu Maha Pengampun maka aku telah ampunkan mereka semua kerana aku mahu Allah merahmati kehidupan ku dunia dan akhirat...

Surah Al Hujuraat (Kamar-kamar), Juz 26 – ayat 11 & 12