About Me

My photo
I'm a normal human, I want to growing my business and help all the children in Malaysia and in this world. I feel free when I can do something for the children now days. We can see many children has being abuse, rape etc. I want to give them new hope I'm just a normal human and always looking for realistic of life

Monday, July 4, 2011

Siapa itu bomoh dan tukang telek…

Cerita pendek tentang hidupku….

Siapa itu bomoh dan tukang telek…?

gambar hiasan sahaja

Hari ini 2 July 2011 adalah hari paling bahagia bagi ku kerana abang long sudi datang rumah aku. Sejak dari tahun 1996 hubungan dengan abang long begitu tegang hanya atas fitnah ibu saudara dan bapa saudara sebelah ibuku.

Aku sehingga hari ini tidak pernah mengerti kenapa seorang guru mengajar mengaji al-quran pun boleh memfitnah dan mendengar kata-kata bomoh dan tukang telek…

Ceritanya begini….

Abang long telah sakit perut apa yang diceritakan pada aku semula kenapa abang long sudah tidak mahu lagi bertemu aku dan suamiku. Malahan beliau juga sudah tidak mengizinkan kami bertemu dengan kak long dan anak-anak kak long…hatiku begitu sedih kenapa aku dan suamiku difitnah sampai begitu sekali…

Aku, suamiku, dua anakku dan aku mengandungkan anak ketiga ketika itu dalam tujuh bulan. Kami menaiki bas mara menuju ke Johor Baharu. Kami sampai di Johor Baharu lebih kurang dalam pukul 8.00 malam. Malam tersebut anak buahku yang mengambil kami di station bas di Johor Baharu.

Dalam perjalanan ke Singapore untuk membuat satu pusingan untuk suamiku mendapatkan pas lanjutan…aku di tahan dan di arah pulang semula ke Johor… sebenarnya itulah tujuan untuk pusing semula ke Tambak Johor.  

Dalam perjalanan pulang dari Singapore anak buahku mula bersuara….”Busu kami sebenarnya serba salah nak beritahu busu… kata anak buahku”

Aku jawab dengan bersahaja… “cakap je lah”.

Anak buahku berkata lagi….”mak suruh kami hantar busu ke hotel kalau duit tak cukup besok mak datang bayarkan untuk busu…”

Aku memang hairan ketika itu dan berkata-kata didalam hatiku….mengapa? kenapa? Tak pernah lagi along suruh aku ke hotel setiap kali kami berada di Johor pasti tidur di rumah along…

kenapa ya? Lalu aku bertanya lagi pada anak buahku… “kenapa mesti ke hotel dan kenapa tak beritahu busu awal jadi busu tak perlu bawa adik-adik sekali ke Johor?”

“sekira busu nak tahu busu tanya mak besok bila mak jumpa busu… “kata anak buahku…
Sampai di hotel kami terus check in dan anak buahku terus pulang ke rumah mereka di Pelangi. 

Namun difikiranku masih tertanya-tanya kenapa? Mengapa? Memang pelik. Kak long aku memang manusia yang suka berjimat cermat selalunya memang tidak dibenarkan aku tidur di hotel…pening juga ketika itu aku memikirkannya…suamiku masih tenang dan relax sahaja….hanya ini sahaja jawabnya bila aku tanya why and what happened?

Ini jawapan suamiku… “not too worry maybe they have guess in their house, that’s why along asked us to sleep in the hotel. If something wrongs anywhere the children (anak buah aku) already told us”

Keesokkan harinya tengahari kak long datang bertemu aku, suami dan anak-anak …

Bersalaman dengan along dan diikuti abang long dibelakang kak long… ketika itu aku memang tidak fikir langsung apa-apa masalah kerana along memang berdua sekira bertemu kami…disini lah bermulanya perselisihan faham dan fitnah yang ditujukan pada kami suami isteri… Ketika itu aku memang tidak boleh terima apa yang along ceritakan pada aku kerana aku dan suamiku memang tidak pernah terfikir kearah itu….dan suamiku juga telah banyak menunjukkan aku jalan yang benar dan bermulanya aku mengkaji Al-Quran walaupun suamiku berbangsa Greek.

Kami dituduh ke bomoh dan membuat abang iparku sakit perut dan muntah-muntah… sedangkan selama abang iparku datang ke rumah kami beliau tidak pernah makan atau minum masakan aku. Kebiasaannya mereka akan bawa makanan malahan air mineral untuk minum. 

Jadi ketika itu aku bersuara…

“Along fikirlah sendiri secara logic, along datang rumah saya tak pernah makan atau minum masakkan saya. Along selalu bawa makanan yang sudah siap di masak dari luar. Harap along fikir sendiri itu fitnah kepada saya dan suami saya…” ketika itu aku memang sedih… 

Along berkeras dengan keputusannya…”along tak izinkan kamu bertemu atau bergaul dengan kak long dan anak-anak along”

Saya masa itu memang sedih dan marah didalam hati….

“terserah along, saya akan tetap bertemu kak long dan anak-anak along… saya memang tak sangka guru mengaji yang lepas mahgrib penuh rumah mereka dengan pelajar pun boleh memfitnah orang.”
Bermula dari hari itu aku cukup tidak suka bila mendengar bomoh dan tukang telek tetapi apa boleh aku katakan di Malaysia nak berniaga pun kena pergi bomoh dan bertelek, nak khawin pun kena pergi bomoh dan bertelek…. Dan macam-macam punya bomoh dan telek….

Allah itu Maha Pengampun maka aku telah ampunkan mereka semua kerana aku mahu Allah merahmati kehidupan ku dunia dan akhirat...

Surah Al Hujuraat (Kamar-kamar), Juz 26 – ayat 11 & 12

No comments:

Post a Comment